Monday 1 May 2017

PERAYAAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA



1. PERAYAAN KAUM MELAYU

HARI RAYA AIDILFITRI 

Hari Raya Aidilfitri merupakan peristiwa atau lebih dikenali sebagai perayaan yang disambut oleh umat Islam bukan sahaja di Malaysia malah di seluruh dunia. Namun begitu, kita akan lebih memfokuskan sambutan perayaan ini di Malaysia. Secara ringkasnya, perayaan ini disambut selepas bulan Ramadhan bagi menandakan kejayaan umat Islam berpuasa(menahan nafsu) selama sebulan. Mari kita mengkaji dengan lebih dekat lagi tentang perayaan ini.





PERSEDIAAN DAN PELAKSANAAN 

Di Malaysia, Hari Raya Aidilfitri disambut dengan meriah. Berminggu-minggu sebelum perayaan tersebut menjelma, suasana persiapan menjelang Aidilfitri telah dirasai. Pusat-pusat membeli-belah akan mengadakan jualan murah dan dihiasi dengan perhiasan secara besar-besaran. Lagu-lagu raya juga akan diputarkan di radio dan di televisyen. Rancangan-rancangan yang berkisarkan Aidilfitri akan ditayangkan. Bank, sekolah, dan premis-premis perniagaan akan ditutup selama beberapa hari sehingga seminggu sempena Aidilfitri.






2. PERAYAAN KAUM CINA



A. TAHUN BARU CINA 


 Perayaan Tahun baru Cina adalah menandakan permulaan tahun baru bagi kalender masyarakat Cina. Bersama-sama dengan warna merah, tanglung, mercun dan pakaian ‘cheongsam’ , ia menjadi simbol tradisi kemeriahan masyarakat cina.

Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.

Perayaan yang bersamaan dengan  permulaan kepada musim bunga di China adalah permulaan kepada bulan baru dan zodiak baru. Seperti yang kita ketahui, terdapat 12 ekor binatang yang menjadi simbol tahunan kepada orang Buddha. Lagenda meriwayatkan, bahawa suatu masa dahulu Buddha telah menjemput semua binatang untuk mengadapnya, tetapi Cuma 12 binatang sahaja yang sampai. Sebagai penghargaan dari Buddha, kesemua binatang ini diberi penghormatan menjadi zodiak yang mulia bagi masyarakat Cina Buddha. Binatang-binatang itu ialah anjing, khinzir, tikus, monyet, harimau, kambing, ayam, kuda, ular, naga, lembu dan arnab. Kononnya dikatakan bahawa mereka yang lahir dalam tahun-tahun ini akan mewarisi sifat dan untung nasib binatang tersebut.


B. CHAP GOH MEI


Hari kelima belas bagi perayaan ini iaitu hari Chap Goh Mei tidak kurang pentingnya . Ia adalah hari terakhir bagi bulan penuh, menandakan penutup bagi perayaan ini. Perayaan tersebut jatuh pada malam 15 hari bulan, bulan pertama Imlek China. Hari itu juga disebut "Pesta Lampu", kerana lampu-lampu dinyalakan pada sebelah malam sebagai aktiviti utama pada hari perayaan itu.

Menikmati onde-onde dan memasang lampu-lampu merupakan dua perkara utama perayaan ini. Mengapa memasang lampu-lampu pada Hari Capgome? Pada tahun 180 Sebelum Masihi, China diperintah oleh Dinasti Han. 
Maharaja pada ketika itu, maharaja Liu Heng berjaya mematahkan gerakan penderhakaan. Hari itu kebetulan 15 hari bulan bulan pertama Imlek Cina. Untuk merayakan kejayaan tersebut, Liu Heng memerintahkan lampu-lampu dipasang di seluruh negara. Beraneka bentuk lampu dipasang di tepi-tepi jalan pada hari itu. Adat istiadat tersebut diamalkan sehingga kini.
Lampu-lampu tersebut biasanya diperbuat dengan kertas yang berwarna-warni, berbentuk seperti gunung, bangunan, orang, bunya, burung dan binatang. Sekarang teknologi moden yang canggih ianya diperbut dari gentian optik, laser, kawalan bunyi dan cahaya juga telah digunakan dalam pembuatan lampu-lampu warna-warni.
Tahun Baru Cina bukan sahaja diraikan oleh kaum Cina di merata dunia, malah turut dirayakan oleh bangsa Korea, Vietnam, Mongol dan Miao (Hmong China) yang dipengaruhi oleh China dari segi kebudayaan dan keagamaan.



 C. KIUH BULAN 

Perayaan Kuih Bulan merupakan perayaan menyambut kemenangan orang Cina menumpaskan penjajah Mongol pada akhir Dinasti Yuan (120 Sebelum Masihi - 1341 Masihi). Perayaan Kuih Bulan disambut pada hari kelimabelas pada bulan kelapan pada kalender Cina iaitu pada akhir bulan Ogos atau awal bulan September. Perayaan Kuih Bulan disambut dengan perarakan tanglung pada malam perayaan.

Salah satu hidangan istimewa pada perayaan Kuih Bulan merupakan Kuih Bulan itu sendiri. Kuih Bulan itu diperbuat daripada adunan manis yang berinti kacang merah, atau adunan biji teratai, atau kuning telur masin. Menurut tradisi, pesanan untuk memberontak telah disebarkan melalui surat yang diletakkan di dalam Kuih Bulan yang akhirnya berjaya menjatuhkan Dinasti Mongol.
Terdapat juga tradisi yang menyatakan Kuih Bulan dibuat sebagai persembahan kepada Dewa Dapur. Dewa Dapur yang makan Kuih Bulan tidak dapat menyampaikan lapuran buruk kepada Maharaja Syurga disebabkan mulutnya terkunci oleh Kuih Bulan yang manis itu.

  



3. PERAYAAN KAUM INDIA 


A. PERAYAAN DEEPAVALI


Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan "Dipa" yang bererti cahaya dan perkataan "Gavali" yang bererti barisan. Perayaan Deepavali ini disambut pada hari ke 14 bulan Aipasi dalam kalendar Tamil (antara bulan Oktober dan November) dan juga dikenali sebagai pesta Cahaya.


Deepavali bermaksud ‘sebarisan pelita’. Dengan memasang pelita, mereka percaya bahawa kecerahan mengatasi kegelapan, kebaikan mengatasi kejahatan, keadilan mengatasi kezaliman dan kebijaksanaan mengatasi kejahilan.



Malam Sebelum Perayaan Deepavali

Pada malam itu juga diadakan upacara memasang pelita yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Tidak ketinggalan juga upacara yang dinamakan 'Rangoli' iaitu upacara menyusun beras atau hampas kelapa yang telah diwarnakan dengan pelbagai warna di hadapan pintu. Kaum wanita juga pada malam itu akan mengenakan inai pada jari tangan dan kaki mereka untuk tujuan menghias diri.

MemasangVilakku

Pada malam perayaan Deepavali, upacara memasang pelita dijalankan yang disertai oleh seluruh ahli keluarga. Mereka akan memasang lampu “vilakku”. Lampu “vilakku” adalah sejenis pelita tradisi yang diperbuat daripada tanah liat. Perayaan Deepavali juga akan bertambah meriah dengan adanya lampu-lampu moden. Penganut agama Hindu percaya akan Dewa kekayaan dan kemakmuran iaitu Dewi Laksmi yang akan datang melawat rumah mereka pada masa itu. Persiapan memasang lampu tersebut dilakukan untuk menyambut kedatangan Dewi Laksmi.


B. KOLAM DAN RANGOLI




Penganut Hindu akan menghiasi rumah mereka dengan “kolam ” atau “rangoli” iaitu hiasan lantai yang diperbuat daripada beras yang diwarnakan sebelum tertib matahari. Biasanya “kolam ” ini dibuat di depan pintu rumah sebagai tanda selamat dan rahmat supaya setiap isi rumah mendapat kesejahteraan.
Kemahiran membuat “kolam” ini biasanya diwarisi secara turun-temurun. Walaupun nampak susah, tetapi penganut Hindu boleh membuatnya dengan cantik, unik dan menarik yang kebanyakannya bermotifkan tumbuhan. Upacara ini membawa maksud yang amat bererti kerana perayaan ini tidak hanya dirayakan oleh penganut Hindu tetapi juga makhluk lain di dunia
Hiasan "kolam" ini merupakan lambang penyembahan dewa Lakshimi, Dewa Kekayaan yang dipercayai hanya akan mengunjungi rumah mereka yang mempunyai hiasan "kolam" di pintu masuk rumah mereka.

UPACARA SEMBAHYANG 

Penganut Hindu akan mengunjungi kuil untuk bersembahyang selepas menjalankan upacara penyucian. Penganut Hindu akan mengalungkan Patung Dewa Hindu dengan kalungan bunga untuk mendapatkan kesejahteraan diri dan keluarga serta memperingati ahli keluarga yang telah meninggal dunia. Selepas sembahyang, mereka akan dihidangkan dengan pelbagai manisan yang dinamakan “Prasad” sebelum pulang ke rumah.





4. PERAYAAN KAUM KRISTIAN


PERAYAAN KRISMAS

Penganut Kristian telah dibiasakan menerima bahawa Krismas dan Easter adalah sebahagian daripada tradisi Kristian. Hakikatnya: Kedua-duanya bukan Kristian tetapi sebaliknya berpunca daripada kultus-kultus misteri, Saturnalia, sistem penyembahan dewi Ibu dan pemujaan dewa Matahari. Kedua-duanya bertentangan secara langsung dengan hukum-hukum Tuhan dan sistemNya.

Lebih penting lagi, terdapat perayaan-perayaan lain yang diperintahkan Alkitab yang juga tidak dirayakan. Juga, Sabat yang diperintahkan oleh perintah hukum keempat tidak dipelihara tetapi sebaliknya hari Minggu dipelihara sebagai gantinya. Bagaimanakah ini terjadi? Bagaimana asal-usulnya? Adakah ia berunsurkan Alkitab dan adakah ia berciri Kristian? Jawapan-jawapannya terdapat di dalam sejarah, dan sungguh menakjubkan.

Hari Natal (Krismas) merupakan perayaan menyambut kelahiran Jesus Christ di Bethlehem yang disambut oleh semua pengikut ugama Nasarani di dunia. Bagaimanapun, kajian menunjukkan Hari Natal bukanlah tarikh sebenar kelahiran Jesus Christ. 
Perayaan hari Natal bermula dengan menghiasi pokok Krismas di rumah dan di gereja. Ahli keluarga bertukar hadiah pada hari Natal dengan meletakkannya di bawah pokok krismas. Teater Krismas, parti nyanyian keugamaan (Carol) akan diadakan. 

Derma akan diberikan kepada golongan yang tua dan miskin. Secara tradisi, hadiah akan diberikan oleh Santa Claus kepada mereka yang memerlukan. Pada masa sekarang, perayaan hari Natal bersifat lebih komersial di mana gedung-gedung jualan akan berhias dan membuat persediaan jualan hari Natal semenjak awal Disember lagi. 





No comments:

Post a Comment

PERAYAAN KAUM-KAUM DI MALAYSIA

1. PERAYAAN KAUM MELAYU HARI RAYA AIDILFITRI  Hari Raya Aidilfitri   merupakan peristiwa atau lebih dikenali sebagai perayaan yan...

Elsa - Disney's Frozen